Wednesday, July 18, 2018

MOTOBOT

MotoBot adalah salah satu dalam serial BoBoiBoy Galaxy. Dia merupakan robot PowerSphera generasi kedelapan.


MotoBot
MotoBot

SEJARAH AWAL MOTOBOT

MotoBot merupakan sebuah PowerSphera yang berjaya diselamatkan oleh pasukan TAPOPS. Dia diselamatkan oleh Komander Koko Ci sebelum bermulanya BoBoiBoy Galaxy. Semenjak dia diselamatkan oleh Komander Koko Ci, persahabatan mereka menjadi semakin akrab dan mereka seringkali dilihat bersama-sama.

SEJARAH MOTOBOT DALAM BOBOIBOY GALAXY

MotoBot sedang diburu oleh Lanun Angkasa dan Komander Koko Ci berusaha untuk menyelamatkan MotoBot daripada ditangkap mereka. Apabila terdesak untuk melarikan diri, Cici Ko menghubungi BoBoiBoy ketika bersembunyi di sebalik batu asteroid untuk meminta pertolongan. Ochobot menerima panggilan daripadanya sebelum membuka teleportal untuk Cici Ko membawa MotoBot ke Bumi. Kedudukan mereka dikesan oleh Lanun Angkasa dan kawan-kawannyanya mencoba untuk menculik MotoBot. BoBoiBoy dan Gopal tanpa membuang masa bertarung dengan kawan-kawan Lanun Angkasa menggunakan kuasa masing-masing. Melihat tali yang menghalang kapal angkasa Cici Ko dipotong, Kapten Separo bertindak melepaskan cangkuknya ke arah kapal angkasa itu, tetapi berjaya diputuskan setelah teleportal ditutup oleh Ochobot.


Pada waktu malam, sementara Cici Ko sedang membaiki kapal angkasanya, MotoBot telah diculik oleh Adu Du dan Probe selepas melepaskan gas tidur ke seluruh kawasan warung Tok Aba yang menidurkan pelanggan-pelanggan di sana, termasuk juga Cici Ko, Gopal dan BoBoiBoy. Dengan menggunakan pengesan Power Sphera, Cici Ko berjaya mengesan lokasi MotoBot yang berada di Sektor G-14. MotoBot kemudiannya diselamatkan oleh Cici Ko daripada Adu Du dan Probe dengan bantuan BoBoiBoy dan Gopal.






Kapal Angkasa
MotoBot boleh mencipta kenderaan berteknologi tinggi. Kenderaan-kenderaan ini direka mengikut kesesuaian dan citarasa penggunanya dari segi skema warna, kuasa dan perwatakannya. Setiap kenderaan ciptaan MotoBot dilengkapi dengan senjata-senjata yang luar biasa.
Mobil
Motor

 KUASA


Kuasa Pemberian Kenderaan: Kuasa istimewa MotoBot yang memerlukan dia untuk melancarkan cahaya terang ke arah sasaran pilihannya, lalu menghasilkan kenderaan mengikut citarasa MotoBot. Dengan kenderaan ini, ia boleh beradaptasi dengan kuasa yang dimiliki oleh penggunanya.

Kuasa Pemberian Kenderaan Angkasa: Ini merupakan kuasa istimewa kedua MotoBot dengan memberikan kenderaan kepada sesiapa yang berhak untuk menggunakannya, mengikut citarasa MotoBot. Kenderaan ini membantu penggunanya untuk bernafas ketika berada di angkasa lepas.


BoBoiBoy - Motor
Gopal - Kereta
Yaya - Skuter
Ying - Mini skuter
Fang - Kereta
    
Kendaraan Boboiboy
Kendaraan yaya
Kendaraan Yaya 
Kendaraan Fang
Kendaraan Gopal 
Kendaraan Ying

VISUAL



Lazimnya, MotoBot mempunyai rupa seperti motosikal yang mempunyai tiga tayar, dua tempat pemegang dan dua bahagian yang menyerupai tangan. Selain itu, bahagian-bahagian besi MotoBot berwarna hijau kuning dan dia boleh ditunggang dengan menukarkan dirinya menjadi sebuah ATV.

MotoBot
Boboiboy_Cici Ko_Motobot
Cici Ko dan MotoBot









2 comments: